1.
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang
melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari
14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
2.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan
mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak
yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang
kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga
bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif
secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut
perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
3.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
4.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada
kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan
baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
5.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis
Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment