Tuesday, October 13, 2009

Nasihat Rasullullah dan Imam Shafie untuk menjaga kesihatan

Rasullullah s.a.w

1. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2. Ubah posisi ketika marah, jika berdiri maka duduk, jika duduk maka baring. Sekiranya tidak boleh meredakan perasaan marah, segeralah ambil air sembahyang dan solat sunat.

Imam Shafie



Empat perkara menguatkan badan



1. Makan daging. Sebolehnya seminggu sekali.

2. Memakai haruman. Memakai haruman akan menenangkan jiwa si pemakai.

3. Kerap mandi. Disyorkan mandi sebanyak 2 kali sehari.

4. Berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan



1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas dan kelam kabut

3. Banyak minum air ketika makan. Sebolehnya selepas 2-3 jam selepas makan.

4. Banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan Mata



1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran


1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama




4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.







No comments:

Post a Comment